This nice Blogger theme is compatible with various major web browsers. You can put a little personal info or a welcome message of your blog here. Go to "Edit HTML" tab to change this text.
RSS

Friday, February 26, 2010

TEMA MAULIDUR RASUL-MEMANTAPKAN UKUWAH MEMPERKASAKAN UMMAH

Thursday, February 25, 2010

MURID PRASEKOLAH DINAMIK 2 YANG HADIR


PERHIMPUNAN SEBELUM PERARAKAN MAULIDUR RASUL1431H/2010M



PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL DI SK PESERAI



Wednesday, February 24, 2010

SAMBUTAN HARI JADI DI PRASEKOLAH


Sedap tau kek ni.....jom makan..tapi yang ni saya punya...kalau nak ge minta kat cikgu


click for more


Hari ni ari jadi Qayyum....SELAMAT JADI QAYYUM MOGA PANJANG UMUR
DAN PANDAI BERLAJAR.....Sambutan Hari Jadi di kelas Prasekolah diadakan setiap bulan dan pihak prasekolah membelikan kek dan hadiah untuk murid-murid yang menyambut hari lahir

PENGENALAN


Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke tahun Satu di sekolah formal.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH


Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

VISI


PRASEKOLAH DINAMIK
SK PESERAI
AKAN MENGHASILKAN MURID-MURID YANG CEMERLANG, BERILMU PENGETAHUAN,
BERAKHLAK MULIA DAN BERKETRAMPILAN DAN BERSIKAP POSITIF SEBAGAI PERSEDIAAN MASUK KE
SEKOLAH RENDAH

MISI

Misi Prasekolah SK Peserai dapat
dicapai melalui:

1. Murid menguasai kemahiran asas.
2. Kejayaan yang dibanggakan dalam aktiviti yang
disertai di peringkat sekolah atau daerah.
3. Murid yang mempunyai disiplin yang tinggi dan boleh dicontohi.

PIAGAM

Kami ahli Prasekolah Dinamik
SK Peserai, Batu Pahat berjanji, memastikan anak didik kami menguasai kemahiran asas, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia sesuai dengan tahap perkembangan murid kearah kecemerlangan.

Sunday, February 21, 2010

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN



Pendidikan prasekolah bertujuan memeperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yangmenyeronokkan, kreatif dan bermakna.

Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

Wednesday, February 10, 2010

OBJEKTIF KURIKULUM STANDRAD PRASEKOLAH KEBANGSAAN



Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi, sosial, intelek dan rohani seperti berikut :

1- Membina kecergasan badan.

2- Mempunyai tubuh badan yang sihat.

3- Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik.

4- Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan diri.

5- Menguasai kemahiran motor halus dan asas motor kasar.

6- Mempunyai kematangan emosi.

7- Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati diri.

8- Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.

9- Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain

10- Boleh bekerja secara bersendirian dan juga bekerja secara berkumpulan.

11- Menghormati perasaan serta hak orang lain dan seterusnya membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa dan rakan sebaya.

12- Mengamalkan nilai-nilai murni.

13- Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

14- Berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa penghantar dalam konteks kehidupan harian.

15- Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran proses sains asas.

16- Menggunakan kemahiran matematik asas dalam menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan masalah.

17- Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif dan inovatif dalampembelajaran dan kehidupan seharian.

18- Mengembangkan daya kreatif dan estetika.

19- Menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia

LOGO KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA